Beza Tone Plus, Onexox, Hotlink, UMobile, X-Pax, Digi dan Tune Talk

Beza tone excel tone plus




BEZA TONE PLUS (TUNE TALK), TUNE TALK, ONEXOX, HOTLINK, U MOBILE, X-PAX, DIGI

Banyak betul simkad yang ada dipasaran sekarang, Tone Plus (Tune Talk), Tone Excel (Tune Talk), Hotlink (Maxis), U Mobile, X-Pax (Celcom), Digi, Altel, Redone, BestMobile dan ada beberapa lagi yang lain.


Bila dah ada banyak jenis simkad, maka banyak la pakej-pakej yang ditawarkan. Masing-masing telco bersaing untuk berikan tawaran yang paling menarik kepada pengguna. Akhirnya, pengguna yang pening nak pilih yang mana satu.

So post in cuba membuat analisa dan sedikit perbandingan atau beza antara pilihan telco yang ada dipasaran. Harap post ini membantu sedikit sebanyak pengguna membuat pilihan yang cocok dengan selera masing-masing.

Orait jom kita lihat perbezaan antara telco yang ada kat Malaysia ni, tapi tak semua la, kita ambil yang top-top je. Jika ada salah info mohon diperbetulkan ye..

KRITERIA PERBANDINGAN


Kenapa 7 simkad ini yang dipilih? Subjek utama perbandingan ialah Tone Plus (Tune Talk). Kita nak lihat sejauh mana Tone Plus memberikan kelebihan kepada pengguna berbanding simkad-simkad lain. Perbandingan dibuat dalam kelas yang sama iaitu perkhidmatan pra-bayar.

Mungkin akan ada yang mempersoalkan, Tone Plus bukanlah MVNO mahupun pemilik network infrastructure. Apa yang nak dilihat dalam perbandingan ini ialah manfaat utama yang pengguna terima iaitu TEMPOH MASA BERBUAL dan JUMLAH DATA. Nanti kita lihat, simkad mana yang sesuai dengan bajet dan penggunaan bulanan anda!

Sebagai contohnya jika A topup RM30, berapa jumlah data yang A akan perolehi dan berapa lama A boleh berbual di talian. Kita tidak akan nampak manfaat ini jika hanya melihat kepada kadar yang ditawarkan semata-mata. Pengguna hanya nak tahu..

JIKA SAYA BAYAR BANYAK NI, APA YANG SAYA DAPAT?

Oleh kerana kebanyakan telco mengenakan caj perminit, kita samakan semuanya perminit supaya perbandingannya lebih adil. Unit pengiraannya (masa berbual dalam minit) lebih rasional. Untuk kadar panggilan ini kita ambil kadar ke rangkaian berlainan. Tak semua kawan kita guna telco yang sama kan? So kita ambil secara umum.

Kita ketepikan juga kadar untuk nombor favourite atau family & friends atau buddyz kerana ini hanya terhad untuk beberapa orang sahaja. Caj untuk SMS juga kita tak ambil kira, sebab dah jarang sangat orang guna SMS sekarang ni. Bagi free sms sampai beribu-ribu pun no point sangat. Pengguna zaman sekarang lebih prefer WhatsApp, WeChat dan lain-lain media sosial.

Bagi penggunaan data, kita kelompokkan kepada pola yang terhampir mengikut jumlah topup. Contohnya kita anggarkan pengguna yang topup bawah RM50 selalunya gunakan 1-2GB data, pengguna yang topup mencecah RM100 selalunya menggunakan 3GB data dan keatas. Hanya langganan bulanan diambil kira dalam perbandingan ini.

Apakah sebenarnya yang anda boleh dapat dengan data 1GB dan 3GB? Anda boleh rujuk gambar dibawah, anggaran ini walaubagaimanapun berbeza mengikut jumlah kelajuan dan jenis smartphone yang anda gunakan.


Beza tone excel tone plus

JOM KITA TENGOK SATU PERSATU

Jadual perbandingan telco dibawah kita pecahkan satu persatu, kemudian akan diberikan mata mengikut kedudukan. Kedudukan ditentukan oleh jumlah masa berbual yang tertinggi dengan syarat pengguna telah melanggan/ menerima sekurang-kurangnya 1GB data.

Contoh bagi kategori pengguna yang topup RM30 sebulan, Tune Talk memberikan masa berbual yang lebih lama iaitu 188 minit dengan data percuma 1GB. Tune Talk akan diberikan 7 mata, tempat kedua ialah Digi dengan masa berbual 150 minit dan 1.5GB data percuma. So Digi akan diberikan 6 mata. Begitulah seterusnya. Kemudian mata bagi setiap kategori ini kita jumlahkan secara keseluruhan.

Tempat pertama = 7 mata
Tempat kedua = 6 mata
Tempat ketiga = 5 mata
Tempat keempat = 4 mata
Tempat kelima = 3 mata
Tempat keenam = 2 mata
Tempat ketujuh = 1 mata

Beza tone excel tone plus




Jika anda dalam kategori topup RM30 sebulan, pilihan anda yang terbaik ialah Tune Talk, anda ada 188 minit masa berbual dan 1GB data, jika anda perlukan lebih data, anda boleh langgan tambahan 1GB dengan hanya RM25 ringgit kerana anda masih ada baki kredit RM30. So tak perlu topup lain. Selepas langgan data tambahan, anda masih ada baki kredit RM5. Berbeza dengan Digi, jika mahukan data tambahan 1.5GB, anda perlu langgan dengan harga RM30. Tiada lagi baki untuk anda buat panggilan.

Di tempat paling corot ialah x-pax, sebab jika anda topup RM30, anda terpaksa membuat pilihan samada mahu gunakan RM30 tersebut untuk buat panggilan atau langgan 1GB data dengan harga RM30. Jika langgan data, langsung tiada baki kredit untuk buat panggilan.

Jika anda topup RM50 sebulan, dari sudut jumlah panggilan, U Mobile berada di tempat yang pertama diikuti Tune Talk. Namun jika saya ditempat anda, saya akan pilih Tune Talk kerana bila anda topup min RM50 sebulan, anda akan dilindungi insurans kemalangan peribadi sebanyak RM100,000.

Jika anda topup RM100 sebulan, Tune Talk kembali menjadi pilihan pertama dengan masa berbual 625 minit sebulan. Apa yang istimewa dengan Tune Talk ialah pengguna akan menerima data percuma jika topup dengan kadar tertentu. Contohnya jika topup RM100, pengguna akan dapat percuma data 3GB. Termasuklah simkad Tone Plus vs Tone Excel, disamping digunakan sebagai sumber pendapatan pasif, pengguna juga boleh menikmati kelebihan yang Tune Talk sediakan.


Berdasarkan jumlah mata yang diperolehi oleh telco-telco ini, cadangan pilihan mengikut kedudukan dan kelebihan yang diberikan adalah seperti berikut:

1. Tune Talk
2. U Mobile
3. Digi
4. X pax
5. Tone Plus
6. One XOX
7. Hotlink

So kalau nak jimat, boleh pilih Tune Talk atau U Mobile, TAPI KALAU NAK BUAT DUIT.. Saya cadangkan Tone Plus, sebab bila dah pilih Tone Plus, isu jimat atau tak tu dah tak wujud. Kerana simkad anda dah jadi sumber pendapatan pasif!

Katakan simkad Tone Plus dah bayar anda RM300 setiap bulan, anda dah boleh gunakan pendapatan tersebut untuk topup atau bayar bil telefon. Ia bukan sekadar jimat, tapi PERCUMA terus. Bila pendapatan anda terus meningkat, bukan setakat topup, malah segala bil dan perbelanjaan anda boleh dibayar menggunakan duit tersebut.

Bagaimana Tone Plus bayar anda setiap bulan? Tanya mereka ni http://bit.ly/sahabatsmart

Ataupun terus hubungi saya 0105055916, nak simkad Tune Talk pun ada, simkad Tone Plus pun ada..


Sumber rujukan:

2 comments:

  1. Saya setuju dengan entri tn.. Banyak sangat Kelebihan pengguna tune talk.. Mula mula macam kompius aje.. Tp makin lama sy rasa makin mudah dan boleh jimat 100% tambah lagi untung tiap tiap bulan..

    ReplyDelete
  2. Saya pengguna Umobile U28 postpaid dan mendapati Umobile memeberi data pelan yang sangat murah kepada pelajar seperti saya. Namun menurut link ini

    https://www.lookp.com/blog/perbandingan-pelan-mudah-alih-telco-di-malaysia

    saya mendapati coverage Umobile berada di tangga yang terakhir.Patutlah hanya sebahagian kawasan saja yang mempunyai kadar kelajuan yang tinggi.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.