Beli Jajan Pun Boleh Terbang Percuma!


Hurmm.. Nampak gaya kena start shopping kat Mydin semula, dulu saya memang peminat Mydin tegar, tapi sejak dah ada SpeedMart99 dekat rumah ni dah tak pergi Mydin. Bukan nak kata barang kat Mydin tu mahal, tapi bila compare betul-betul memang ada barang yang di SpeedMart99 lagi murah.

Mydin vs SpeedMart99


Bukan itu je, shopping kat SpeedMart99 ni santai, harga lebih kurang sama, tak payah pening cari parking, dekat dengan rumah, naik motor pun tak payah pakai helmet, dan tak payah beratur panjang-panjang kat kaunter. Awek kaunter pun boleh tahan manis juga walaupun sedikit gebu.. hahaha..

Tapi sejak Mydin dah bergabung dengan BigPoint ni rasa macam rugi pula kalau tak ambil peluang. Tadi saya ke Mydin Putrajaya Presint 15 nak beli HDMI Connector (anak-anak punya kerja ni, nak tengok YouTube kat TV guna handset - Miracast). Malas nak beli SmartTv, nak tunggu anniversary dinner Tone Plus, selalu ada cabutan bertuah best-best. Tahun lepas SmartTv sampai 10 biji, iPhone dan macam-macam. Harap tahun ni bertuah lah.. Aameen!

Gian Kumpul BigPoint


Bila nak keluar terperasan banner BigPoint dan Kad Meriah Mydin, dah boleh convert!!



1,000 mata Kad Meriah = 250 BigPoint.. Not bad!

Saya ke Customer Service Counter check point, ada 7,000 point! Hahhaa.. apa lagi, convert la.. dapat 1,750 BigPoint. Proses mudah je, tunjukkan Kad Meriah dan BigCard, dan bagi no ic. Setel.

Sekarang dah ada 3 sumber utama BigPoint saya, pertama melalui topup simkad Tone Plus saya (yang ni saya upgrade simkad Celcom lama), kedua beli tiket AirAsia, so far travel KL-KB 4x sebulan, ketiga shopping jajan dan pampers kat Mydin! Hahahaa.. dah jadi mat gian BigPoint..

Terpaksa beb! Sekali sekala boleh convert BigPoint ni jadi tiket percuma, tiket KL-KB dua hala lebih kurang RM150-RM200, kalau 4x sebulan dah cecah RM1,000 campur ERL.

Terbang Percuma


Tak terasa sangat sebenarnya sebab komisyen Tone Plus dah boleh cover semua kos, tapi kita sebagai manusia bertuah yang hidup di bumi Malaysia ni kena sentiasa kehadapan, perlu lebih bijak dari Pak Menteri! Kalau tak alamatnya merempat di bumi sendiri..

Oh ya..

Kad Meriah tu jangan bagi expired la, sebab yuran kad biru tu kira tahunan, RM12 setahun. Untuk pemborong RM20 setahun, kad warna silver. Boleh beli harga borong. Kalau tak renew dalam masa 3 bulan selepas tamat tempoh, point sebelum ni semua burn!




Mana nak dapat semua kad-kad ni??

1. Kad Meriah: Pergi kat mana-mana Mydin, cari kaunter khidmat pelanggan dan cakap nak buat kad Meriah, bayar RM12 untuk setahun. Siap! Nak tahu detail tengok kat sini. DAFTAR KAD MERIAH

2. BigCard: Yang ni free je, terus daftar kat sini. DAFTAR AIR ASIA BIG CARD

3. Tone Plus: Simkad ni hanya khusus untuk sesiapa yang berminat nak buat duit je, sebab bila setiap kali kawan atau famili topup, anda akan dibayar 13-17%. Rujuk agen yang sah di sini. PENGEDAR SAH TONE PLUS



No comments

Powered by Blogger.